MASALAH PAUL


Siapakah Paul?

Dikenali juga sebagai St. Paul atau Paulus. Nama sebenarnya Saul, berasal dari Tarsus. Dia tidak pernah bertemu dengan Jesus. Pada mulanya Paul bertindak zalim ke atas ajaran dan pengikut-pengikut Jesus, malah membunuh mereka. Kemudian secara tiba-tiba sahaja dia dia mengakui menerima wahyu daripada Jesus lalu berubah sebagai seorang yang paling alim. Paul banyak mengubah ajaran-ajaran Jesus. Daripada ajaran-ajarannyalah wujudnya agama Kristian hari ini.

Oleh kerana gagal menghapuskan penganut ajaran Jesus yang asal melalui cara kekerasan, Paul mengubah strateginya kepada cara halus pula. Dia mengaku menerima wahyu dan insaf, berpura-pura jadi orang alim ajaran Jesus. Rupanya situasi ini memang lebih memudahkannya untuk menghapuskan ajaran Jesus dengan cara mengubahnya beransur-ansur.

Untuk menambahkan kekuatan pengaruhnya, Paul mendakwahkan ajaran Jesus yang telah diubahsuainya kepada orang-orang bukan Yahudi yang rata-ratanya menyembah berhala. Para hawari tidak berdakwah kepada bangsa selain Yahudi kerana memang ajaran Jesus hanya untuk umat Yahudi. Kesempatan ini diambil oleh Paul untuk mempromosikan ajaran Jesus versinya tanpa ada gangguan daripada para hawari.

Paul sedar para penyembah berhala itu tidak mudah-mudah menerima ajaran Jesus yang mengandungi pelbagai hukum-hakam itu. Mereka telah bergelumang dalam ajaran triniti purba dan menyembah patung-patung sejak sekian lama. Maka Paul mengubahsuai ajaran Jesus mengikut ilhamnya agar mudah diterima oleh kaum–kaum bukan Yahudi. Antaranya memasukkan fahaman triniti dan memuliakan patung-patung ke dalam ajarannya.

Masyarakat tersebut memang sebati dengan penyembahan anak-anak Tuhan seperti anak kepada Zeus dan Jupiter. Mereka mengimani bahawa tuhan-tuhan telah mati untuk menebus dosa-dosa manusia dan kemudiannya hidup kembali. Mereka juga percaya dengan Tuhan Penyelamat, makan daging Tuhan (sebagaimana ajaran Kristian hari ini), minum darah Tuhan dan sebagainya.

Kata Paul::

"Kerana tidak ada perbezaan di antara orang Yahudi dan orang Greek. Allah yang satu itu, TUHAN SEMUA ORANG. Dia melimpahkan berkatnya kepada semua orang yang meminta pertolongan-Nya. Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan."

(Rom 10:12-13)

Apabila para penyembah berhala itu melihat ajaran Paul banyak persamaan dengan agama mereka, berduyun-duyunlah mereka mengimaninya. Lebih-lebih lagi ajarannya mudah sekali, iaitu cukup dengan percaya sahaja (iman buta) tanpa perlu bersusah-payah.

"Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Jesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahawa Allah telah membangkitkan dia dari kalangan orang mati, maka kamu akan diselamatkan. Kerana dengan hati orang percaya dan dibenarkan, dan dengan mulut orang mengaku dan diselamatkan."

(Roma 10:9-10)

Cukup dengan percaya Jesus sebagai Tuhan dan percaya Jesus telah bangkit daripada kematian, maka seseorang itu akan masuk ke dalam syurga.

Dengan doktrin sebegini, maka sudah tentulah pengikut-pengikut Paul jauh lebih banyak daripada pengikut-pengikut para hawari. Kemudian Paul mendapatkan sokongan pemerintah pula iaitu Maharaja Rom- Constantine yang asalnya penyembah berhala.

Dengan adanya kekuatan sebesar ini, mudah sekali Paul menghapuskan pengikut dan ajaran Jesus sebenar. Para hawari tidak boleh berbuat apa-apa untuk membetulkan ajaran Paul kepada kaum-kaum itu kerana tugas mereka hanyalah untuk Bani Israel. Semakin luaslah ajaran Paul dan semakin hilanglah ajaran para hawari. Semua gospel yang tidak selari dengan ajaran Paul dimusnahkan secara sistematik dan ada juga yang ditulis semula mengikut acuan gereja Paul kemudiannya.


Jesus Meramalkan Kedatangan Paul

Jesus telah meramalkan kedatangan dan kejahatan Paul dengan katanya:

" Akan tiba masanya sesiapa yang membunuh kamu menyangka bahawa dengan perbuatan itu dia mengabdi kepada Allah. Mereka akan melakukan perkara-perkara ini terhadap kamu, kerana mereka belum mengenal Bapa atau pun aku. Tetapi sekarang aku sudah mengatakan semuanya ini kepada kamu, supaya kamu akan ingat bahawa aku sudah memberitahu kamu."

(Yohanes 16:2-4)

Sebelum Paul menyebarkan fahamannya, para hawari (sahabat-sahabat Jesus) dan penganut ajaran Jesus yang lain beribadah di dalam rumah ibadah Yahudi, kerana memang Jesus membawa agama Yahudi. Jesus sendiri beribadah di dalam saumaah. Tetapi Paul telah mengubah ajaran Yahudi yang dibawa Jesus kepada agama Kristian. Maka tidak boleh lagi beribadah di dalam saumaah.

Selepas mendapat sokongan yang besar, Paul kembali menzalimi dan membunuh para pengikut ajaran Jesus yang sebenar dengan anggapan bahawa dia melakukan perbuatan yang baik, iaitu untuk menyucikan ajaran Jesus yang baru diwahyukan kepadanya.

Menurut Jesus, Paul dan para pendokongnya akan melakukan itu semua kerana sesungguhnya mereka tidak mengenal Bapa (Tuhan) dan Jesus, mereka tidak faham ajaran Tuhan dan Jesus. Mereka tidak kenal mana satu Bapa dan mana satu Jesus. Mereka sangka Bapa dan Jesus itu satu peribadi.

Jesus juga meramalkan:

"Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan MELAKUKAN MUKJIZAT dan keajaiban untuk menipu orang, Malah umat pilihan Allah pun akan tertipu."

(Matius 24:24)

Banyak penyelamat dan nabi palsu akan muncul, dan Paul ialah salah seorang daripada mereka. Kedatangan mereka ini dikuatkan lagi dengan keupayaan mereka melakukan perkara-perkara luar biasa termasuklah sihir, sehinggakan dengan mudah orang ramai terpedaya. Bahkan orang-orang yang menjadi pilihan Tuhan pun akan tertipu juga kerana hebatnya nabi-nabi palsu tersebut.

"Waspadalah terhadap nabi palsu. Mereka datang kepadamu dengan rupa domba, tetapi mereka sebenarnya seperti serigala buas.

(Matius 7:15)

Nabi palsu itu dijangka datang seperti rupa seekor domba- nampak begitu baik sekali (untuk mengaburi mata orang ramai). Namun sebenarnya mempunyai niat jahat. Pakaiannya pakaian orang-orang soleh dan mendakwa mendapat wahyu, padahal mereka membawa virus perosak.

Dalam Danial 7:25 mengatakan bahawa ciri-ciri Penyelamat palsu yang terbesar adalah:

"Dia akan mengucapkan perkataan yang menentang Yang Maha Tinggi, dan akan menzalimi orang-orang kudus milik Yang Maha Tinggi; dia berusaha untuk mengubah waktu dan hukum, dan mereka akan diserahkan ke dalam tangannya selama satu masa dan dua masa dan setengah masa."

(Danial 7:25 )

Memang terbukti ajaran Paul bertentangan dengan ajaran Tuhan yang dibawa oleh Jesus. Paul menzalimi orang-orang kudus iaitu para sahabat Jesus. Paul mengubah segala ajaran tersebut.

"Jesus berkata kepada mereka: Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu. Banyak orang akan datang dengan namaku dan berkata : “Akulah dia!. Mereka akan menipu banyak orang."

(Markus 13:5-6 RSV)

Terbukti Paul datang dengan menggunakan nama Jesus, kononnya dia menerima wahyu daripada Jesus. Para hawari sendiri tidak menerima wahyu, bagaimana Paul yang tidak pernah melihat Jesus, tidak belajar daripada Jesus ataupun para hawari dan pernah menzalimi pengikut-pengikut Jesus tiba-tiba mengaku menerima wahyu. Paul seolah-olah Jesus kedua kerana dia boleh mengubah apa sahaja ajaran Jesus mengikut kesukaan hatinya dengan alasan menerima wahyu daripada Jesus sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan : “Akulah dia”. Banyak sekali orang-orang yang ditipunya.

“Tetapi kamu ini, hati-hatilah! Kamu akan diserahkan kepada majlis agama dan kamu akan dipukul di rumah ibadat dan kamu akan dihadapkan ke muka penguasa-penguasa dan raja-raja karena aku, sebagai kesaksian bagi mereka.”

(Markus 13: 9)

Penderitaan yang bakal dihadapi oleh para pengikut ajaran Jesus sebenar telahpun diramalkan.

Apa kesudahan hidup Paul menurut Bible?

"Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi namaKu perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama allah lain, nabi itu harus mati."

(Ulangan 18:20)

Kita tahu Paul menyebarkan ajaran barunya menggunakan nama Jesus (iaitu Tuhan menurut kepercayaan Paul), melalui wahyu daripada Tuhan sendiri. Padahal Jesus tidak pernah mengajarkan sedemikian. Menurut sebahagian riwayat, akhirnya Paul ditahan di Jerusalem, dibawa ke Rom lalu dihukum mati pada 22 Februari 62 Masehi.

Amaran Tuhan:

"Janganlah kamu menambah apa yang Kuperintahkan kepadamu dan janganlah kamu menguranginya, dengan demikian kamu berpegang kepada perintah Tuhan, Allahmu, yang kusampaikan kepadamu."

(Ulangan 4:2)

Tetapi Paul telah mengubah hampir kesemua ajaran-ajaran Jesus.


Paul-Paul Yang Datang Kemudian

"Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. MEREKA AKAN MELAKUKAN MUKJIZAT dan DAN KEAJAIBAN UNTUK MENIPU ORANG, malah umat pilihan Allah pun akan tertipu."

(Matius 24:24)

Antara St. Paul zaman moden ialah seorang pendakwah Kristian bergelar “Reverend Moon” kelahiran Korea Utara. Dia membentuk mazhab baru dengan nama “Gereja Unification” pada tahun 1954. Matlamat utamanya ialah untuk menyatukan semua mazhab Kristian yang ada di dunia ini. Suatu ketika dia mengaku menerima wahyu daripada Jesus. Ini kerana dakwanya wahyu daripada Jesus belum turun habis kesemuanya. Kemudian Moon menulis kitab sucinya sendiri iaitu “Devine Priciple” atau “Panduan Suci” dan meminggirkan kitab Bible.

Saling tak tumpah seperti Paul. Nama sebenarnya Saul tetapi lebih dikenali dengan gelaran “St. Paul” kelahiran Tarsus. Dia juga membentuk mazhab baru yang berlainan dengan mazhab para hawari Jesus yang lebih dikenali sebagai “Gereja Paul”. Matlamat utamanya juga untuk menyatukan semua bangsa di dunia ini di bawah agama Kristian versi mazhabnya. Paul juga mengakui menerima wahyu daripada Jesus, kononnya wahyu Jesus belum habis diturunkan. Kemuncaknya ialah dalam Persidangan Nicea di mana Gereja Paul dengan sokongan pemerintah menentukan kitab suci mereka sendiri dengan menghapuskan Injil-Injil sedia ada.

Markas dan para pengikutnya tersebar luas di Amerika, Eropah, Rusia, Jepun, Korea dan lain-lain. Di England, Moon mempunyai lebih daripada 50 cawangan. Sehingga tahun 1985, Moon berjaya mengumpul dana sebesar US 746 juta dari Jepun sahaja.

Apa yang dilakukannya sama dengan apa yang dilakukan Paul. Sepatutnyalah umat Kristian seluruh dunia memasukkan kitab “Devine Principal” ke dalam Perjanjian Baru. Kitab-kitab Paul boleh dimasukkan, mengapa yang ini tidak dimasukkan sekali?

Seorang lagi ialah James Thurman Jones yang lebih dikenali dengan gelaran “Reverend Jim Jones’. Seperti Paul, asalnya dia juga seorang yang ganas- bekas ahli parti komunis di Amerika pada tahun 50-an. Seperti Paul, mendakwa menerima ilham daripada Jesus pada tahun 1961. Strateginya untuk mendapatkan sokongan ialah dengan mempromosikan persamaan kaum dan kasta, sama seperti Paul yang mempromosikan persamaan Tuhan, Anak Tuhan, penebusan dosa dan kebangkitan semula agar para penyembah berhala mudah menerima dakwahnya. Akhirnya mati membunuh diri bersama lebih 900 pengikutnya.

Seorang lagi St. Paul moden ialah Victor Houteff dari Bulgaria. Mendakwa menerima wahyu daripada Tuhan dengan gelaran “Nabi dari Timur”. Mazhabnya dikenali sebagai “Branch Davidian”. Setelah Victor mati, datang pula seorang nabi baru bernama Ben Roden. Ben Roden meninggal dan digantikan pula oleh seorang nabi baru lagi iaitu David Koresh- satu nama besar.

Para pengikutnya menganggap Koresh adalah jelmaan Jesus Christ. Dia sendiri mendakwa dirinya utusan Tuhan ketujuh dan yang terakhir sebagaimana yang dinyatakan dalam fasal Revelation, Bible. Antara mukjizatnya ialah kononnya dia pernah naik ke langit dengan menunggang kuda putih. Akhirnya Koresh mati membunuh diri bersama puluhan pengikutnya setelah dikepung tentera.

Sebenarnya sepanjang 2000 tahun usia agama Kristian, entah berapa puluh orang lagilah nabi-nabi palsu dengan mukjizat-mukjizat hebat seperti Paul datang dan menyesatkan umat Kristian. Caranya mudah- mengaku menerima wahyu atau ilham daripada Tuhan/ Jesus/ Roh Kudus, mendakwa ajaran Jesus belum turun habis kesemuanya, mencipta mazhab baru yang bertentangan dengan mazhab asal Jesus, membina kitab suci sendiri yang bertentangan dengan kitab suci Jesus dan seumpamanya.

Kata Jesus:

"Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. MEREKA AKAN MELAKUKAN MUKJIZAT dan DAN KEAJAIBAN UNTUK MENIPU ORANG, malah umat pilihan Allah pun akan tertipu."

(Matius 24:24)

Umat pilihan lagikan tertipu, apatah pula kita manusia biasa. Maka mulai hari ini bolehlah kita campakkan ke tepi segala ajaran Paul dan menerima semula ajaran Jesus yang asal.

Paul Membatalkan Ajaran-ajaran Jesus

Pesan Jesus:

"Ingatlah! Selagi langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekali pun di dalam Taurat TIDAK AKAN DIHAPUSKAN jika semua belum berlaku. Oleh itu, sesiapa melanggar hukum yang paling tidak penting sekali pun, serta mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu akan menjadi yang paling terbawah antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah. Sebaliknya, sesiapa mentaati Taurat dan mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu akan menjadi paling utama antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah."

(Matius 5:18-19)

Inilah pesan Jesus sebelum dia pergi. Katanya, semua ajaran Taurat tidak akan terhapus sehinggalah langit dan bumi musnah. Tidak boleh melanggar walau satu hukum yang tidak penting sekalipun di dalam Taurat. Apakah yang dilakukan oleh Paul? Dia melanggar pelbagai hukum-hukum Taurat dan ajarannya itulah yang menjadi agama Kristian hari ini.

Kata Jesus lagi:

"Tetapi lebih mudah bagi langit dan bumi ini lenyap daripada satu titik pun dalam Taurat ditiadakan."

(Lukas 16:17)

Maksudnya, mustahil ajaran-ajaran Taurat itu akan ditarik balik oleh Tuhan sebagaimana yang dilakukan oleh Paul.

Ini disahkan pula oleh kitab suci Al Quran- Perjanjian Akhir:

"Dan (ingatlah) ketika Isa (Jesus) putera Maryam berkata: 'Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Tuhan kepadamu, (untuk) membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat..."

(Al-Qur'an, Al-Saf :6)

Kata Jesus:

"Jika kamu mengasihi aku (Jesus), kamu akan mentaati perintah-perintahku"

(Yohanes 14:15)

"Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa percaya kepadaku, ia akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu.”

(Yohanes (14:12)

Malangnya dunia Kristian hari ini mentaati perintah-perintah Paul dan membatalkan perintah-perintah Jesus. Paul mendakwa hukum-hukum Tuhan yang diajarkan dalam Taurat (ajaran Nabi Musa) tidak bernilai lagi, telah lapok dan mesti dipinggirkan. Satu-satunya cara untuk mendapatkan keselamatan ialah dengan mempercayai penyaliban, cukup. Siapakah yang dipatuhi oleh umat Kristian, Paul atau Jesus? Pastinya Paul! Mereka menerima bulat-bulat segala perkataan Paul dan mentafsirkan segala kata-kata Jesus dalam konteks kata-kata Paul. Mereka tidak pula mengambil kata-kata Jesus bulat-bulat dan mentafsirkan kata-kata Paul dalam konteks kata-kata Jesus. Inilah silapnya. Siapakah yang akan tolong membetulkan semua ini kalau bukan kita?

Menurut Paul, cukuplah dengan mempercayai Jesus dan penyalibannya untuk dijamin keselamatan dan masuk ke dalam syurga. Tidak perlu segala undang-undang Tuhan. Alangkah mudahnya Paul berkata:

"Kesimpulannya begini: seseorang berbaik semula dengan Allah, kerana dia percaya kepada Jesus Kristus, dan bukan kerana dia melakukan apa yang diwajibkan oleh Taurat"

(Rom 3:28)

Malangnya Jesus tidak pernahpun mengesahkan sebarang kata-kata Paul. Malah para hawari juga tidak satu kepala dengan idea-idea Paul.

Paul tidak mahu mengambil ajaran-ajaran Jesus daripada para hawari kerana tidak akan menguntungkannya, tetapi menggunakan akal fikirannya sendiri. Untuk memastikan tindakannya ini tidak dipersoalkan, Paul membuat kesaksian palsu dengan mengatakan yang dia menerima wahyu daripada Jesus. Katanya:

"Saudara-saudaraku, kamu harus tahu bahawa berita baik yang aku khabarkan itu tidak berasal daripada manusia. Aku tidak menerima berita itu daripada manusia. Tidak seorang pun mengajarkannya kepadaku. Jesus Kristus sendirilah yang menyatakan berita baik itu kepadaku."

(Galatia 1:11-12)

Dengan cara ini orang ramai tidak lagi mempersoalkan sumber-sumber ajarannya.

"Kamu lepas dari Jesus, jikalau kamu mengharapkan kebenaran oleh hukum Taurat; kamu hidup di luar kasih kurnia.”

(Galatia 5:4)

Menurut Paul, sesiapa yang mengikut ajaran Jesus yang asal iaitu ajaran-ajaran Taurat, orang itu tidak akan mendapat kasih dan kurnia Tuhan.

"Karena kami yakin, bahwa manusia dibenarkan karena iman, dan bukan karena ia melakukan hukum Taurat."

(Roma 3:28)

Ini berlawanan dengan ajaran Bible:

“SEGALA TULISAN YANG DIILHAMKAN ALLAH memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran."

(Timotius 2 3:16)

Selepas pemergian Jesus, beginilah amalan para pengikutnya:

"Tiap-tiap hari mereka berkumpul di Rumah Tuhan"

(Kisah Rasul-rasul 2:46)

Kalau benarlah Jesus pernah mengajarkan para pengikutnya bahwa dirinya Tuhan, sudah tentulah mereka akan diusir daripada saumaah bahkan Rumah Tuhan yang menjadi tempat ibadah orang-orang Yahudi. Maksudnya, para pengikut Jesus masih kekal dalam agama Yahudi dan tidak pernah menolak hukum-hukum Taurat.

Kalau benarlah cukup dengan percaya sahaja untuk masuk syurga, mengapa para hawari Jesus setiap hari mengusahakan ibadah? Padahal mereka sudah amat percaya dengan Jesus. Bukankah itu mencukupi untuk mereka ke syurga?

Ucapan Jesus yang lebih jelas lagi:

"Aku sentiasa berkata-kata dengan terus-terang di hadapan umum. Aku selalu mengajar di rumah ibadat dan di Rumah Tuhan, tempat semua orang Yahudi berkumpul. Tidak pernah aku berkata apa-apa dengan sembunyi-sembunyi."

(Yohanes 18:20)

Di mana Jesus mengajar? Di rumah ibadat Yahudi.

"Lima belas biskop pertama di Jerusalem adalah berbangsa Yahudi dan mereka disunatkan; dan ibadat mereka menyatukan Undang-undang Musa dan Doktrin Kristus"

("Decline and Fall of the Roman Empire", II, Gibbons, m.s. 119)

Kata Jesus:

"Janganlah kamu menyangka bahwa aku datang untuk menghapuskan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan UNTUK MENGGENAPINYA.”

(Matius 5: 17)

Apakah maksud menggenapi? Kita lihat ayat-ayat ini:

“Lalu Yesus menjawab, katanya kepadanya: "Biarlah hal itu terjadi, karena demikianlah sepatutnya kita MENGGENAPKAN seluruh kehendak Allah." Dan Yohanespun menurutinya.”

(Matius 3: 15)

“Akan tetapi semua ini terjadi SUPAYA GENAP yang ada tertulis dalam kitab nabi-nabi." Lalu semua murid itu meninggalkan Dia dan melarikan diri.”

(Matius 26: 56)

“Lalu Jesus menjawab, katanya kepadanya: "Biarlah hal itu terjadi, karena demikianlah sepatutnya kita MENGGENAPKAN seluruh kehendak Allah." Dan Yohanespun menurutiNya.”

(Matius 3: 15)

“Menggenapi” maksudnya memenuhi, menjalankan, melaksanakan, melengkapkan, membuktikan dan seumpamanya. Mengapa Paul menghapuskan pula hukum-hukum Taurat? Sebab dia menerima wahyu daripada Jesus? Kalau benar Jesus hendak menghapuskan segala hukum Taurat, tak perlu tunggu beri wahyu, semasa dia masih di bumi lagi dia sudah boleh maklumkan kepada para hawarinya. Biasalah, apabila manusia tiada apa-apa hujah kuat untuk menyokong pandangannya, maka dia akan berhujah secara misteri kononnya terima wahyu daripada Tuhan agar orang lain tunduk kepada kata-katanya.

Sokongan Perjanjian Akhir:

“Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira beragama sehinggalah kamu menegakkan ajaran Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu (Al Quran).”

(Surah Al-Maidah: 68)

Ayat terakhir Injil Matius, yang juga pesanan terakhir Jesus:

“Dan AJARLAH MEREKA ( manusia) melakukan SEMUA yang telah kuperintahkan kepadamu.”

(Matius 28: 20)

Pesanan terakhir Jesus ialah supaya semua ajarannya mestilah dilakukan, bukan ditinggalkan atau dibatalkan.

“Tetapi orang banyak ini yang tidak mengenal hukum Taurat, TERKUTUKLAH MEREKA” (Yohanes 7: 49)


Apa Yang Mempengaruhi Fahaman Gereja Paul?

Jesus dikatakan Tuhan dan Anak Tuhan dalam agama Kristian. Mitra dikatakan Tuhan bangsa Parsi, juga anak Tuhan. Osiris dikatakan anak Tuhan bangsa Mesir. Baachus dikatakan Tuhan bangsa Yunani, anak Dewa Jupiter. Krishna dikatakan Tuhan agama Hindu, anak Dewa Vishnu. Apollo dikatakan anak Tuhan. Daripada sinilah idea itu diciplak.

Jesus lahir daripada seorang perawan, seorang perempuan yang belum “disentuh’ mana-mana lelaki. Begitu juga dengan Mithra, Osiris, Baachus, Krishna dan Zoroaster.

Jesus dipercayai lahir pada 25 Disember. Begitu juga dengan tokoh-tokoh lain yang dipercayai pada 25 Disember atau sekurang-kurangnya dalam bulan Disember iaitu Mithra, Osiris, Baachus, Krishna, Buddha dan Zoroaster.

Jesus adalah Messiah (Al Masih) yang ditunggu. Mithra Pengantara yang ditunggu. Osiris penebus dosa yang ditunggu. Zoroaster Pelita Tuhan yang ditunggu.

Jesus adalah Tuhan yang pernah mati 3 hari 3 malam. Mithra juga Tuhan yang pernah dikuburkan beberapa hari lalu dibangkitkan semula. Osiris hidup kembali setelah mati 2 hari 3 malam. Krishna juga dipercayai bangkit daripada kematian.

Kebanyakan mereka pernah disalib.

Kebanyakan mereka dijangka akan datang semula ke dunia.


Ramalan Paul Tidak Terjadi

Paul membuat ramalan tentang kemunculan Jesus untuk kali kedua:

"Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet Allah dibunyikan, lalu Tuhan (Jesus) sendiri akan turun dari syurga. Mereka yang percaya pada Kristus dan telah meninggal dunia akan dihidupkan dahulu. Kemudian kita yang masih hidup pada masa itu akan diangkat bersama-sama mereka ke awan untuk bertemu Tuhan di angkasa. Lalu kita akan bersama-sama Tuhan selama-lamanya."

(Tesalonika 1 4:16-18)

Paul mengumumkan bahawa Jesus akan turun tak lama lagi. Paul dan para pengikutnya akan diangkat ke awan dan bertemu dengan Jesus di angkasa. Adakah ini semua terjadi? Tidak! Paul dan pengikut-pengikutnya ketika itu telah lama mati, dan Jesus belum juga muncul-muncul. Sudah 2000 tahun ramalan Paul tidak menjadi.

Ini amat jelas sekali menunjukkan bahawa segala ilham dan wahyu yang diterimanya selama hari ini hanyalah buah fikirannya sendiri, bukan berasal daripada Tuhan. Ataupun mungkin juga datang daripada makhluk-makhluk ghaib lain.


Kesimpulan

  1. Asalnya Paul yang tidak pernah bertemu Jesus menzalimi para penganut ajaran Jesus.
  2. Tiba-tiba dia mengaku menerima wahyu daripada Jesus lalu berlagak alim
  3. Ajaran Paul bertentangan dengan ajaran para hawari.
  4. Paul memasukkan idea-idea agama penyembahan berhala ke dalam ajaran Jesus untuk membolehkan dia mendapat sokongan yang besar
  5. Paul membatalkan begitu banyak ajaran-ajaran Taurat dan Injil Jesus
  6. Kedatangan Paul sebagai penyesat sebenarnya telah diramal oleh Jesus.
  7. Banyak lagi Paul-Paul yang datang selepas St. Paul, dan semuanya berperanan menyelewengkan ajaran sebenar Jesus.
  8. Ajaran Taurat sama sekali tidak boleh dibatalkan, menurut Jesus.
  9. Ramalan Paul tidak menjadi menunjukkan selama ini dia sebenarnya tidak menerima apa-apa wahyu

Paul merupakan anasir utama yang menyebabkan ajaran sebenar Jesus terseleweng sehinggalah ke hari ini. Marilah kita membetulkan kembali apa yang pernah diajar oleh Jesus.
No posts.
No posts.